MYFREEVIEW TV merupakan siaran digital percuma untuk korang semua. Ia adalah satu projek DTT (Televisyen Terestial Digital) yang dikawal selia oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Penyediaan khidmat radio dan tv terbaik untuk rakyat merupakan satu inisiatif kerajaan. Tanpa bayaran bulanan semua siaran akan dapat ditonton dengan lebih jelas dengan pembaharuan ini.
Mengapa perlu tukar Siaran Analog Kepada Siaran Digital? Pemindahan siaran analog sedia ada kepada siaran digital sedang proses oleh kerajaan. Untuk menikmati siaran digital, anda perlu mendapatkan alat penerima, iaitu dekoder MYTV (jenis DVB-T2) yang perlu disambungkan kepada TV anda dan aerial UHF. Selain itu, anda juga boleh menikmati siaran digital dengan membeli TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner).
0 Comments
KALI ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi dengan korang semua informasi tentang Persembahan Keseniaan yang sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang yakni Kelantan. Persembahan yang Mat Kecoh maksudkan ialah persembahan Mak Yong. Mungkin ada diantara korang semua sudah biasa dengan persembahan Mak Yong tetapi tidak kurang juga yang tak biasa dengan persembahan Mak Yong.
Mak Yong merupakan sebuah persembahan kebudayaan yang unik dan mampu membuat penonton terpukau dengan persembahanya. Mak Yong juga mengandungi alunan-alunan muzik yang menenangkan selain itu persembahan Mak Yong ini juga mempunyai unsur-unsur mistik. Mak Yong merupakan salah satu tarian Melayu tradisional. Tarian mengambungkanya dengan drama atau lebih tepat lagi kalau kita menggelarnya sebagai Drama Tari. Ia biasanya dipertontonkan di Kelantan, Terengganu dan kedah. Mak yong mengabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan muzik vokal, instrumental, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Mak Yong juga dikaitkan dengan salah satu cara perubatan.
HARI ini Mat Kecoh mahu berkongsi dengan korang semua sebuah gajet keluaran terbaru Samsung. Model terbaru Samsung ini menjadi kegilaan muda-mudi masakini yang ternyata begitu taksub dengan telefon pintar. Model terbaru samsung yang Mat Kecoh maksudkan ialah Samsung Galaxy S6.
Mat Kecoh berharap moga maklumat yang bakal Mat Kecoh berikan ini akan menjadi panduan berguna buat semua pembaca setia blog Mat Kecoh ini. Maklumat berkenaan telefon pintar Samsung Galaxy S6 adalah sepertimana di bawah ini: KELUARAN: Samsung Mobile TEKNOLOGI RANGKAIAN: GSM / HSPA / LTE DIMENSI: 143.4 x 70.5 x 6.8 mm (5.65 x 2.78 x 0.27 in) BERAT: 138g SKRIN: Corning Gorilla Glass 4 back panel SIM: NANO-SIM Maklumat Lanjut boleh baca di sini. VIDEO PREVIEW SAMSUNG GALAXY S6
MAT KECOH: Nanti ada modal Mat Kecoh pun nak sambar satu...hahaha
KALI ini Mat Kecoh memilih untuk bercakap mengenai sebuah kereta nasional baru yang dikeluarkan oleh syarikat Perodua. Kereta yang Mat Kecoh Maksudkan ialah Perodua AXIA yang sudah mula menerima tempahanya di seluruh Malaysia. Perodua AXIA di datangkan di dalam beberapa varian antaranya ialah: AXIA 1000 E MANUAL RM24 900.00 (Solid) semenanjung Malaysia / RM25 300.00 (Metalik) semenanjung Malaysia. AXIA 1000 G MANUAL - RM32 800.00 (Solid) semenanjung Malaysia / RM 33 200.00 (Metalik) Semenanjung Malaysia. AXIA 1000 G AUTO - RM34 800.00 (Solid) semenanjung malaysia / RM35 200.00 (Metalik) semenanjung malaysia. AXIA 1000 SE MANUAL - RM37 900.00 (Solid) semenanjung malaysia / RM38 300.00 (Metalik) semenanjung Malaysia. AXIA 1000 SE AUTO - RM40 900.00 (Solid) semenanjung malaysia / RM41 300.00 (Metalik) semenanjung malaysia. AXIA 1000 AV AUTO - RM44 900.00 (Solid) semenanjung malaysia / RM45 300.00 (Metalik) semenanjung malaysia. Kejam, angkuh dan sombong mungkin itulah yang Mat Kecoh boleh berikan kepada negara yang dibina di atas tanah orang lain yang berketurunan Yahudi iaitu Israel. Hari demi hari ada saja rakyat Palestin yang tak berdosa menjadi mangsa Israel yang rakus itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari kanak-kanak yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman perang rejim Israel. Mat Kecoh rasa tindakan yang dilakukan oleh Israel ini merupakan salah satu cara mereka nak menghapuskan Umat Islam. Saudara seagama kita di Palestin hampir setiap hari ada sahaja mati terbunuh dek kerana perang yang dilancarkan Israel ke atas Palestin. Kerakusan Israel melancarkan perang ternyata mengorbankan nyawa-nyawa Umat Islam. Sudah tiba masanya Umat Islam di seluruh dunia bersatu menentang keganasan Israel. Israel pula didakwa di atas kekejaman perang yang dilakukanya sehingga mengorbankan bukan ratusan malah ribuan mangsa yang tak berdosa menjadi mangsa. Ayuh negara-negara Islam di seluruh dunia marilah bersama-sama kita mengheret Israel ke muka pengadilan. Jangan biarkan Palestin terus menjadi mangsa keganasan Israel. Mat Kecoh juga ingin menyifatkan bahawa Israel merupakan sebuah negara Pengganas NO1 Dunia atau dalam Bahasa Inggerisnya berbunyi "Israel is The #1 Terorist Country in the world". MAT KECOH: Turut simpati dengan nasib rakyat Palestin, marilah bersama-sama kita menghulurkan bantuan yang terdaya oleh kita. MAT KECOH percaya masih ramai bukan sahaja rakyat Malaysia malahan di kebanyakkan negara-negara yang berada dalam dunia ini terus membincangkan isu kehilangan Pesawat MH370 ini jadi MAT KECOH pun tidak mahulah terlepas daripada memperkatakan isu yang menjadi semakin hangat kini. Mungkin ada yang berpendapat MAT KECOH agak terlewat membincangkan isu ini, namun bagi MAT KECOH kata orang "better late then never". Ini daripada tidak langsung MAT KECOH memperkatakan isu hangat ini ada baiknya MAT KECOH membincangkan biarpun agak lewat berbanding orang lain maklumlah isu ini juga melibatkan negara kita MALAYSIA. MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, kebetulan hari ini Mat Kecoh ada masa terluang jadi Mat Kecoh rasa inilah masa terbaik untuk berkongsi sesuatu dengan korang semua. Sunyi juga lama berblogging ni....Alhamdulillah hari dapat juga Mat Kecoh blogging.
Oleh kerana sudah lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini, hari ini Mat Kecoh memilih untuk berkongsi sebuah video muzik istimewa khas buat semua pembaca dan pengikut setia blog Mat Kecoh ini. Mungkin korang pernah menonton video muzik lagu rancak yang berirama disko yang 'bait-bait'nya berbunyi seperti ini: "Bara Bara". Hari ni bukanlah Mat Kecoh nak berkongsi video muzik asal lagu tersebut tetapi video muzik lagu tersebut di dalam versi Kelantan. Orang yang sudah biasa dengan aliran muzik Kelantan sudah pasti akan meminati lagu ini dan mungkin juga lagu ini boleh dikategorikan sebagai lagu Dikir Barat. Di mana Dikir Barat merupakan salah satu aliran muzik yang digemari ramai di Kelantan. PROTON Suprima S baru sahaja dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad baru-baru ini, oleh yang demikian hari ini Mat Kecoh mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan kereta nasional terbaru ini. Mungkin juga artikel ini boleh dijadikan panduan untuk membeli atau tidak membeli kereta ini. Proton Suprima S dikatakan merupakan antara model terbaik keluaran Proton, mungkin ia juga sebahagian daripada program transformasi Proton. Bagi Mat Kecoh Proton Suprima S adalah antara model terbaik yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran Kereta Nasional itu. Bagi memudahkan anda semua membuat pilihan adalah lebih elok Mat Kecoh membincangkan dulu berkenaan dengan spesifikasi kereta terbaru keluaran Proton ini. Spesifikasinya adalah sebagaimana berikut: HARI ini Mat Kecoh ingin membawa anda semua melancong ke Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Ia merupakan pantai yang mempunyai pandangan menarik berlatarbelakangkan pulau-pulau yang menarik dan mendamaikan selain sejuk mata memandang. Pantai Bukit Keluang letaknya di dalam daerah Besut. Besut merupakan salah sebuah daerah yang berada di dalam negeri Terengganu dan bersempadan dengan negeri Kelantan. Perjalanan dari Kota Bharu ke Bukit Keluang mengambil masa-masa kira satu jam 15 minit. Manakala perjalanan dari bandar Jerteh mengambil lebih kurang 20 minit. Selain itu, perjalanan dari Kuala Terengganu ke Bukit Keluang mengambil masa kira-kira 1 Jam 45 minit. Pulau-pulau yang paling jelas boleh dilihat di Bukit Keluat ialah Pulau Rhu kerana jaraknya begitu dekat dengan Bukit Keluang. Walaubagaimanapun Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar juga dapat dilihat dari Bukit Keluang sekiranya keadaan cuaca yang tidak berkabus ataupun tidak mendung. Penginapan yang berdekatan dengan Bukit Keluang adalah: Bukit Keluang Beach Resort Damai Beach Resort Tanjung Demong Beach Resort Manor Beach Resort Taman Azimos Chalet Kem Seri Keluang JABATAN Pengangkutan Jalan atau ringkasnya JPJ merupakan sebuah jabatan kerajaan yang bertangunggjawab sepenuhnya dalam urusan berkaitan dengan pengangkutan jalan. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka adalah antaranya ialah memperbaharui lesen memandu dan memperbaharui cukai jalan selain pendaftaran nombor kenderaan. Itulah yang menjadi bidang kuasa JPJ sejak sekian lama. Hendak dijadikan cerita hari ini Mat Kecoh pergi membuat urusan memperbaharui Lesen Memandu di Pejabat JPJ Cawangan Kecil, Besut, Terengganu. Disebabkan Mat Kecoh memperbaharui lesen memandu itu lewat sebulan maka terpaksalah Mat Kecoh membayar 2 tahun pembaharuan lesen memandu, tak mengapalah ini sememangnya Mat Kecoh yang salah lagipun tak rugi apa-apa pun. Namun, apa yang Mat Kecoh tak berpuas hati ialah layanan yang diberikan oleh pekerja-pekerja di kaunter perkhidmatan JPJ ini. Kalau Mat Kecoh nak beri markah daripada 1-10, Mat Kecoh rasa layak diberi satu sahaja tu pun markah kesian. Layanan yang diberikan amatlah mengecewakan Mat Kecoh. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|